Thursday 29 January 2015

Tahukah anda dengan modal USD600, anda sudah boleh jadi fulltime trader atau day trader

. Thursday 29 January 2015

Salam profit trader semua,


Forex adalah perniagaan tagline yang selalu kita dengar dilaung-laungkan tetapi sejauh manakah kita memahami tagline tersebut. Tahukah anda? kita mestilah menguasai ilmu pengurusan kewangan untuk berjaya dalam perniagaan ini. Dan bila kita berbicara mengenai perniagaan topik yang selalau dibualkan adalah modal

Sering kali bermain difikiran, berapakah modal yang sesuai untuk jadi seorang fulltime trader aka day trader.

Menurut pendapat saya sebelum kita menganggarkan modal yang sesuai. Kita mestilah mengira berapakah yang kita perlukan atau belanjakan sehari,seminggu dan sebulan.

Mari kita buat kira-kira matematik mudah, kita senaraikan perbelanjaan sehari, seminggu dan sebulan

Belanja Harian
1. penggunaan petrol = rm20
2. belanja dapur = rm30 (untuk makan tgh dan malam)
3. belanja sekolah anak = rm7

Jumlah harian = RM 57
RM 57 x 30 hari = RM 1710

Belanja Mingguan
1. susu anak = 65
2. lampin pakai buang = 60

Jumlah mingguan = 125 
RM 125 x 4 minggu = RM 500

Belanja Bulanan
1. bayaran rumah = 654
2. bayaran kereta = 354
3. bayaran pinjaman peribadi 1 = 500
4. bayaran pinjaman peribadi 2 = 300

Jumlah  bulanan = RM 1808
Jumlah keseluruhan = RM 4020


Kita sudah dapat jumlah sebulan yang kita perlukan adalah RM4020. Oleh itu, kita sudah dapat tentukan target keuntungan harian

Target keuntungan harian
RM 4020 / 20 hari trade = RM 201

tukarkan ke matawang usd 
RM 201 / 3.5 =  USD 60


Sekarang kita sudah dapat target untung harian sebanyak USD 60 sehari.

Katakan kita boleh mendapat keuntungan 10% daripada modal. Oleh itu, modal yang kita perlukan

Modal yang diperlukan
USD (60 x 100)/ 10 = USD 600

Sekarang dapat sudah modal minima yang diperlukan adalah USD600 dengan syarat dapat keuntungan 10 peratus daripada modal.


Ini hanyalah salah satu cara kita mengira berapakah modal yang kita perlu peruntukan dan cara menentukan target keuntungan harian


Oleh itu, kita rumuskan modal yang diperlukan sebaik-baiknya adalah USD1000. Ini adalah kerana kita boleh lagi menjana pendapatan sampingan yang lumayan dengan modal tersebut. Tunggu post seterusnya "bagaimana menjana pendapatan tambahan yang lumayan hanya dengan trade sendiri di rumah".


"Biarkan Market Berbicara"
Trader Cafes


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Blogger Blog Templates